 
 
Cinta…….!!! Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta 
membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas 
dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. manakala kebencian 
membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita anggota tubuh yang sempurna: dua kaki untuk berjalan,
 dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata 
untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati 
pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada 
seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu 
menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang 
mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. 
Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang 
menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu 
sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba.
 Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan 
sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak 
dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari 
telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan 
menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang 
kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus 
tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka 
telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka 
telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun 
mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai 
keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia 
meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata 
cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang 
tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang 
salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti 
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta 
bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. 
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh 
menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita 
menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi 
lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah 
memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang 
yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya 
menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan 
hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu 
bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat
 kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,
 sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan 
karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim 
berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir 
selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati
 dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. 
Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya
 sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika
 tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di 
dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia
 laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma 
tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang
 tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, 
langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh 
kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, 
setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ 
Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati 
mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir 
dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang 
yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai 
saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi 
dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut 
tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia 
dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika 
perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak 
pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk 
dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.









 
 
 
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar